Sebetulnya Acong dan Marya sudah berkenalan sejak 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang. Namun mereka terpisah tetapi kembali rapat menerusi laman sosial Facebook pada 2010.
Sementara itu Marya berkata dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Acong. Pintu hati janda anak satu itu terbuka untuk berumah tangga semula selepas lima tahun bergelar ibu tunggal. Dia terpikat dengan sikap Acong yang kuat bekerja dan menerima anak perempuannya Qistina Yasmin yang berusia enam tahun.
Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah dengan sekali lafaz.
Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.
- mD
Post a Comment