Maya Karin Tertekan Jadi Penyanyi
Penyanyi Maya Karin pernah tertekan dan berasa putus asa untuk berada dalam bidang nyanyian berikutan gagal mengawal perasaan gementar apabila berada di atas pentas.
Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 35, berkata, dia melalui tekanan itu pada awal kemunculannya dalam industri yang mana orang ramai terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi untuk dia menyanyi dengan baik.
"Ketika saya baru sahaja masuk dalam industri memang saya agak terkejut dengan populariti dan menyebabkan saya tertekan dengan keadaan itu.
"Saya bukan dilahirkan dan dibesarkan di sini, kurang fasih dengan bahasa Melayu dan masih belajar mendalami budaya masyarakat Malaysia.
"Jadi ramai yang sudah meletakan jangkaan yang tinggi pada saya untuk menyanyi dengan baik di pentas, saya rasa sangat takut sehingga tidak mahu menyanyi lagi," katanya yang dibesarkan di Indonesia.
Maya ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Teka-Teki di No Black Tie, di sini, malam Jumaat lalu.
Post a Comment