Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Hujung Minggu Ini Di Pulau Pinang
Terkejut juga membaca laporan Utusan Malaysia malam tadi yang menyebut pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada hujung minggu ini dan bukan 30 Mei seperti yang diumumkan pihak lelaki tidak berapa lama dahulu.
Laporan menyebut yang Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar pada 26 April 2014 iaitu hujung minggu ini dan perkara ini disahkan oleh bakal pengantin perempuan.
Menurut Almy Nadia, setakat ini persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.
“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.
“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja,” katanya. (rtky/m)
sumber asal rotikaya
Post a Comment