|
KOTA TINGGI – Seorang bapa dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki mangsa terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya Nurul Elyanatasha (gambar), 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.
“Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi petang semalam (kelmarin),” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo-
Post a Comment