0


ANGGOTA polis mengawasi kumpulan pekerja Nepal yang berhimpun di depan kilang papan di Jabi, 
Pokok Sena malam kelmarin.

ALOR SETAR – Kira-kira 200 pekerja kilang papan warga Nepal berhimpun di hadapan kilang tempat mereka bekerja di Jabi, Pokok Sena di sini kelmarin bagi mendesak pengurusan kilang mengupah bomoh atau sami untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkan kematian empat rakan senegara mereka pada bulan lalu.

Kesemua pekerja warga asing itu pada mulanya berkumpul secara aman tetapi tercetus sedikit ketegangan apabila mereka mendesak majikan menunaikan permintaan mengadakan upacara menghalau hantu.

Polis yang melihat gelagat kumpulan itu yang bermula pukul 8.30 malam kemudian meminta mereka bersurai sejam kemudian.-kosmo-

Post a Comment

 
Top