
JALIL menunjukkan kawasan tali air
berhampiran Flat Taman Subang Perdana di Sungai Buloh lokasi
Mohd. Safiq
(kiri) dan Eshwaran ditemui mati lemas semalam.
SUNGAI BULOH – Dua sahabat karib sebuah sekolah yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bermain dari Flat Taman Subang Perdana dekat sini ditemui mati lemas di sebuah tali air di sini semalam.
Mayat Mohd. Safiq Johan, 8, dan Eshwaran Jagadesh, 9, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan U3 di sini ditemui tenggelam di sebuah tali air berhampiran rumah mereka.
Nenek Mohd. Safiq, Salamah Aman, 75, berkata, cucunya berkawan dengan Eshwaran sejak Mohd. Safiq tinggal bersamanya di flat tersebut ketika berusia tiga tahun. -kosmo-
Post a Comment