Rata-rata penduduk malaysia apabila ditanya apakah cili yang paling pedas, pastinya jawapan yang kita terima menjawab cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Tapi tahukah kita, cili yang paling pedas dan rasanya yang hangat itu diungguli oleh sejenis tumbuhan yang dinamakan Trinidad Scorpion Butch T, yang tertentunya telah memperoleh rekod gelaran yang paling hangat di dunia. Dengan ukuran1,463,700 Scoville atau unit haba (rating bagi jumlah sebatian kimia dalam cili) danmengalahkan pesaingnya, Naga Viper yang telah diberi pada 1,382,118 unit haba.
Cili ini sangat hangat sehinggakan pengendalian mudah memerlukan sarung tangan, topeng muka dan pakaian perlindungan adalah satu kemestian semasa memasak!!
Trinidad Scorpion Butch T berasal dari Republik Trinidad and Tobago. Ia mendapat nama selepas Butch Taylor, pemilik sebuah syarikat sos panas bertanggungjawab menyebarkan benih cili itu. Nama “Scorpion” pada cili, disebut kerana hujung badan cili yang tajam itu dikatakan menyerupai penyengat kala jengking.
Jom lihat mereka mencuba cili yang amat panas dalam video di bawah.
sumber youtube: TheChilliFactory
Post a Comment