0

Akhirnya, Wan Maimunah sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Makpol Saimon. Mereka dinikahkan di Hotel Tropical Inn dekat Johor Bahru awal minggu lalu.

Wan Maimunah juga menerima mas kahwin berupa bimbingan ke jalan yang diredhai ALLAH. Selain itu Wan Maimunah menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.
“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” katanya.


sumber asal izyan.com

Post a Comment

 
Top