0
API yang marak membuatkan kereta Nissan Skyline dipandu Hall rentung dalam sekelip mata.- Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


KUALA LUMPUR - Kegembiraan lima pelayan wanita muda dari Myanmar dan Filipina keluar makan bersama seorang lelaki warga British tidak berpanjangan apabila kesemuanya ditemui rentung selepas kereta jenis Nissan Skyline yang mereka naiki terbakar setelah terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian pukul 12.45 tengah malam di Jalan Kampung Pandan di sini itu berlaku apabila Simon John Hall, 40, dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya itu sebelum merempuh tiang jejambat dan tercampak ke laluan bertentangan lalu terbakar.

Selain Hall, dua wanita Myanmar, Esther Sui, 26 dan Pi Pi, 20, serta tiga wanita Filipina iaitu Siso Aileen, 30, Maileen Tentative Montejo, 26, dan Mary Grace Macaraig, 24, turut maut dalam kemalangan ngeri tersebut. Kesemua mayat mereka ditemui rentung oleh pasukan penyelamat. -kosmo-

Post a Comment

 
Top