0

Beberapa minggu yang lalu, gambar Raja Ema yang dikatakan sangat berubah dari segi wajah dan penampilannya mendapat perhatian ramai.

Ketika itu dia menghadiri satu majlis perasmian butik Didie Alias. Namun yang jadi perhatian penuh adalah pakaian yang dipakainya, kata orang nampak bahagian dada Raja Ema.

Raja Ema menafikan yang dia tidak memakai bra, bahkan dengan tegas dia memakai bra dan mengakui bajunya sangat ketat.


Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun.

Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.

Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu.

Sebab saya taknak gaduh atau besarkan hal, saya rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.

Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak tanduk kita. -Raja Ema

sumber asal - izyan.com

Post a Comment

 
Top