0


SEORANG kakitangan syarikat Apple memegang iPad Mini baharu pada 22 Oktober lalu di 
San Francisco, Amerika Syarikat.

CUPERTINO, California - Versi terbaharu iPad Mini keluaran Apple mula memasuki pasaran kelmarin.

Gajet mini itu merupakan versi iPad lebih kecil yang pertama menampilkan paparan resolusi tinggi yang dikenali sebagai retina.

Ia turut dilengkapi cip jimat tenaga A7 dengan fungsi wayarles lebih pantas.

Komputer tablet itu didatangkan dalam dua warna iaitu perak atau kelabu.

Versi wayarles akan dijual pada harga bermula AS$399 (RM1,281) untuk model berkapasiti 16 gigabit manakala harga permulaan untuk model selular 16 gigabit pula ialah AS$529 (RM1,699). - AP

Post a Comment

 
Top