0
PERRY membuat aksi melompat dengan menggunakan tali skip semasa dia membuat persembahan di pekarangan Opera Sydney House di Sydney, Australia semalam.- AP


SYDNEY, Australia - Penyanyi terkenal, Katy Perry membuat persembahan di sebuah kawasan terbuka di pekarangan Opera Sydney House pada pagi semalam, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Dia menyampaikan empat buah lagu untuk rancangan televisyen yang bersiaran pada waktu pagi, Sunrise yang dikendalikan pengacara Samantha Armytage dan David Koch.

Perry dilaporkan bangun pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan untuk membuat persediaan sempena persembahan berkenaan sebelum dia berlepas pula ke Jepun.

Perry, 29, turut diiringi beberapa penari latar.

Sebuah feri turut melintasi di belakang pentas persembahan penyanyi itu.

Dia menganggap persembahannya itu menarik kerana diadakan di depan Opera House dan Jambatan Harbour.

"Ia tidak seperti latar belakang persembahan lain. Ia amat menakjubkan dan cantik. Saya suka datang ke Sydney," kata Perry ketika diwawancara kedua-dua pengacara itu.

Persembahan tersebut menarik kehadiran 1,000 penonton.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Roar berada di negara ini sebagai sebahagian daripada jelajah promosi album baharunya, Prism. - Agensi

Post a Comment

 
Top