1


Majlis perkahwinan mewah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional China, Beijing.

BEIJING - Seorang pegawai bawahan di China dipecat kerana mengadakan satu majlis perkahwinan serba mewah di sini baru-baru ini, lapor media tempatan.

Pegawai berkenaan, Ma Lingxiang menjadi sasaran terbaharu tindakan keras pemerintah dalam menangani rasuah dan pembaziran melibatkan pegawai kerajaan di China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Lingxiang yang merupakan seorang timbalan ketua kampung mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Pusat Konvensyen Nasional China di bandar raya ini.

"Majlis itu turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal," menurut Xinhua.

Laporan itu memetik Lingxiang sebagai berkata, dia telah membelanjakan sebanyak 200,000 yuan (RM104,212) untuk mengadakan majlis perkahwinan itu.

"Baki perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut ditanggung keluarga pengantin perempuan," katanya.

Namun, akhbar The Beijing News berkata, perbelanjaan majlis itu pada keseluruhannya mencecah 1.6 juta yuan (RM823,155).

Sementara itu, Agensi berita Xinhua menyatakan Lingxiang masih dalam siasatan walaupun tiada bukti kukuh menunjukkan dia telah menggelapkan dana awam. - AFP

Post a Comment

  1. sbg penjawat awam mesti jaga imej korporat..nah membazir sgt

    ReplyDelete

 
Top