Istana pasir paling tinggi di dunia oleh Ed Jarrett
POINT PLEASANT, New Jersey - Seorang artis seni, Ed Jarrett mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana membina istana pasir paling tinggi di dunia.
Istana itu setinggi 11.63 meter (m) dan dibina di sini kelmarin.
Dia memecahkan rekod istana pasirnya sendiri yang dibuat pada tahun 2011 di Farmington, Connecticut, Amerika Syarikat yang mencatatkan ketinggian 11.30m. - Agensi
Post a Comment