0
  • Siak meninggal dalam keadaan bersujudJemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.

Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian menghubungi individu yang dipercayai imam surau berkenaan, Sukor Atan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan gagal kerana beliau tiada di rumah. -sinarharian-

Post a Comment

 
Top