0


JIKA tahun lalu, American Idol (AI) musim ke 12 berlangsung tanpa Jennifer Lopez, nampaknya penyanyi Latin itu kembali beraksi sebagai juri untuk musim ke 13 pada tahun depan.

Menurut laporan majalah People, penyanyi itu sedang membuat perbincangan dengan pihak stesen televisyen FOX bagi menyetujui beberapa syarat-syarat kontrak.

"Setakat ini, pihak stesen itu cukup senang dengan syarat-syarat yang diinginkan. Masing-masing bersetuju dengan kontrak tersebut.

"Berkemungkinan besar, Jennifer akan kembali menjadi juri dan pasti meriah dengan kehadirannya yang menyerikan lagi program itu," kata sumber.

Penyanyi berusia 44 tahun itu mula menjadi juri AI sejak tahun 2011 namun berehat sebentar pada tahun lalu bagi memberi fokus terhadap kerjaya nyanyiannya. -mstar

Post a Comment

 
Top