0


Seorang pelanggan turun dari tingkat atas bilik kapsul di sebuah hotel yang baharu 
dibuka dekat wilayah Hainan pada 13 Ogos lalu.- AFP



HAIKOU - Sebuah hotel kapsul terbaharu yang menawarkan harga penginapan serendah AS$10 (RM32) dibuka di sini, dalam wilayah Hainan, selatan China kelmarin.

Hotel itu menawarkan bilik kecil menyerupai kapsul yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan lampu tidur kepada pelanggan.

Memiliki luas keseluruhan 200 meter persegi, hotel berkenaan menyediakan 26 kapsul yang disusun dalam dua barisan.

Hotel kapsul itu dilengkapi kipas ventilasi, televisyen paparan cecair kristal, perkhidmatan WiFi dan sebuah meja boleh lipat selain almari dan katil yang selesa.

Setiap kapsul itu mempunyai lebar antara 1 hingga 2 meter lebar dengan tinggi 1.2 meter.

Pelanggan yang menginap di hotel tersebut terpaksa berkongsi bilik air tetapi mereka boleh berehat di bar atau kafe yang disediakan oleh pengurusan hotel.

Hotel itu diharap dapat menarik pekerja-pekerja pejabat untuk berehat pada waktu makan tengah hari pada harga AS$1.47 (RM 4.81) sejam atau AS$10 semalam. - Agensi

Post a Comment

 
Top