0


SEHINGGA saat ini, hubungan antara Liam Hemsworth dan Miley Cyrus masih tegang dan keadaan itu membuatkan keluarga Liam turut campur tangan.

Menurut laporan portal Ace Showbiz, dua kakak Liam iaitu Chris dan Luke dikhabarkan meminta adiknya memutuskan pertunangannya dengan Miley.

"Mereka ingin Liam mengakhiri hubungannya dengan Miley secara baik.

"Chris dan Luke berpendapat ikatan pertunangan tidak akan membantu menyelesaikan masalah mereka apabila masing-masing dan menganggap perhubungan mereka sudah tidak sihat," kata sumber.

Liam dan Miley bertemu ketika kedua-duanya bergandingan menerusi filem The Last Song pada tahun 2010.

Selepas beberapa lama menjalinkan hubungan akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertunang pada tahun 2012. Namun sejak kebelakangan ini hubungan mereka renggang gara-gara perilaku liar Miley yang tidak menyenangkan Liam.-mstar-

Post a Comment

 
Top