0
 


AKTRES Gwyneth Paltrow baharu saja menerima gelaran wanita tercantik dunia 2013 menerusi kaji selidik yang dilakukan majalah People.

Bagaimanapun menurut laporan Dailymail, ramai yang mempersoalkan pemilihan Gwyneth sebagai wanita paling cantik dan mereka mengkritik wanita itu menerusi laman Twitter.

"Jika Gwyneth Paltrow adalah wanita paling cantik di dunia maka saya pun boleh meraih emas sebanyak 10 kali di Olimpik. Pelik dengan cara penghakiman yang dilakukan," kata peminat di Twitter meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Selain itu, ramai yang bertanyakan bagaimanakah sistem penghakiman diadili oleh pihak People sehingga menetapkan bintang Iron Man itu sebagai wanita tercantik. Sedangkan ramai selebriti wanita lain yang layak serta menepati gelaran tersebut.

Sebelum ini, People pernah menyatakan bahawa Gwyneth mempunyai sepasang mata yang cantik dan ia membuatkan wajahnya cukup mempesonakan.

Pada tahun lalu, penyanyi Beyonce Knowles meraih gelaran wanita tercantik di dunia.

Post a Comment

 
Top