Kreatif... satu perkataan yang menarik. Apa maknanya? Mengikut
kamus dewan, makna kreatif adalah satu kemampuan atau kebolehan mencipta
daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif juga dikaitkan sebagai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Oleh yang demikian bolehlah dikatakan bahawa kreatif itu adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif,
baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi
diri. Fitrah hanya akan terserlah apabila seseorang individu berusaha
keras mengetengahkannya atau dibimbing oleh orang lain. Hal ini bermakna
seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan, kemampuan serta daya yang ada pada dirinya. Untuk itu perlulah seseorang itu mempunyai ilmu.
Rekaan kreatif...2 dalam 1 yang menarik, unik dan anggun
Beruntunglah mereka yang mempunyai daya kreativiti kerana ianya dapat
memberi faedah dan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memggunakannya.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik
sedekah itu apabila seseorang muslim itu belajar akan suatu ilmu
kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim".
Jangan kedekut akan ilmu...mencarinya adalah kewajipan namun ianya
bukan milik kita dan sebarkanlah kerana ianya adalah amal jariah yang
berterusan buat kita apabila kita sudah tiada kelak. Bekalan untuk kita
di alam barzakh dan di akhirat.
Nikmati pelbagai idea rekaan kreatif yang memberikan kita kemudahan, penyelesaian masalah dan kesenangan. Idea dan Kreativiti yang menarik untuk kita cuba mahupun sebagai idea dalam memperbaiki dan memudahkan kehidupan seharian kita.
Kreativiti mudah namun tidak ramai yang terfikir. Tidak semua orang
mampu menggunakan chopstick dengan baik, ini adalah jalan penyelesaiannya.
Meja unik untuk kegunaan anda. Mungkin sesuai digunakan di kedai
cermin mata. Jika anda sukakannya...kenapa tidak di bilik anda :)
Sukar menghiris tomato? Peralatan istimewa ini di reka untuk kemudahan anda
menghiris apa sahaja yang bulat agar sama tebalnya dan mudah. Tidak perlu
risau akan terluka.
Bersiar-siar bersama anak anda ditaman sambil berbasikal. Rekaan ini
amat sesuai tanpa perlu meninggalkan anak anda di rumah. Bersantai
bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Idea...itulah yang diperlukan. Menyembunyikan sesuatu yang berharga dari
pengetahuan sesiapa. Tapi lepas ni ramai pula yang tahu...hehe
Tapak kasut anda kehausan sedangkan ianya masih elok. Hendak
dibuang sayang...Gunakan idea kreatif ini. Nah! elok seperti sedia kala.
Belanja pun jimat! Ianya juga salah satu kreativiti kitar semula.
Tempat parking sering menjadi masalah yang besar ditengah kotaraya.
Kadarnya pula kadangkala tidak masuk akal, termasuklah motorsikal.
Takut kecurian juga suatu yang sering tidak mententeramkan jiwa.
Motorsikal ini adalah penyelesaiannya...
Bagi saya..ianya rekaan sesuai untuk anda membeli belah di hari Sabtu.
Tiada beg plastik...tiada masalah buat anda. Idea yang sungguh kreatif
dan berguna.
Ruang rak yang terlalu besar kadangkala penggunaannya terhad pada
permulaannya namun semakin lama tidak muatlah pula. Rekaan ini untuk
jangkamasa panjang. Sekali sahaja membeli...alah membeli menang memakai.
Meja yang unik dan kreatif. Ruang tersembunyi diantaranya.
Anda sukakannya?
Laci mungkin tidak sesuai untuk menggunakan ruang menyimpan kasut secara
maksimum. Idea ini mungkin boleh di jadikan pilihan. Kemas dan rapi.
Mengembara, mendaki dan berbasikal. Rekaan sesuai buat mereka yang
meminati aktiviti beriadah ini. Sungguh kreatif!
sumber : http://relakssminda.blogspot.com
Post a Comment