0
 Sharnaaz nekad menjauhkan diri daripada Shila dan keluarganya selepas pelbagai kekecohan pada hubungan mereka timbul.

Pelakon Sharnaaz nekad membuat keputusan mahu melupakan terus cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon filem Juvana itu turut enggan dikaitkan lagi dengan keluarga bekas kekasihnya

"Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala" katanya.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

Tambah Sharnaaz, sikap yang diambil ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego sehingga tidak memberi ruang pada Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri.

"Biarkanlah kalau dia mahu terus begitu. Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini," tegasnya.

Isnin lalu, ND Lala telah melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan bakal mengadakan sidang akhbar khas tidak lama lagi.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube. -mstar-

Post a Comment

 
Top