0

Kerajaan melanjutkan permohonan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sehingga 15 Januari depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia bertujuan membolehkan mereka yang layak termasuk golongan bujang tetapi masih belum mengisi borang berkenaan, mempunyai peluang mengemukakannya.

Beliau berkata, tempoh lanjutan itu juga perlu bagi membolehkan rakyat di kawasan pedalaman yang tercicir untuk turut berpeluang sama-sama menikmati bantuan ini.

Menurutnya, sehingga kini proses pengumpulan data mereka yang layak telah dilaksanakan bagi membolehkan agihan dilakukan secara menyeluruh bermula awal Februari depan.

"Ini adalah pendekatan yang berkonsepkan sikap cakna terhadap keperluan rakyat di mana kerajaan tidak mahu ada dalam kalangan mereka yang berhak menerima bantuan tersebut tersisih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Eletrik Bersama Penduduk Setempat di Bangunan TNB Bachok di sini semalam. -kosmo-

Post a Comment

 
Top