0

 Perkahwinan Selebriti 2012


Yusri dan Lisa Surihani


Irma menerima mas kahwin berjumlah tiga dinar.


Ally dan Farah disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

JANUARI

 
20 Januari - Ally Iskandar/Farah Lee
Tempoh perkenalan singkat tidak menghalang personaliti TV3, Ally Iskandar, 35, memilih Nurfarahin Romli, 22, sebagai isteri. Pasangan ini dinikahkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Selepas berkahwin, mereka terpaksa berjauhan kerana Farah perlu menghabiskan pengajian di Korea.

 
23 Februari - Yusry/Lisa Surihani
Digelar Wedding of The Year, pasangan ini diijabkabulkan oleh abang Lisa, Mohamed Azan. Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan.

 
FEBRUARI

 
25 Februari - Ana Raffali/Naim
Dengan sekali lafaz, Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah. Pasangan ini dinikahkan bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412. Mereka saling mengenali sejak 2005 sebagai kawan biasa.

 
APRIL

 
1 April - Azza Elite/Azlan Zulaily
Bekas ahli kumpulan Elite ini memilih pramugara, Azlan Zulaily sebagai suaminya. Mereka berkahwin pada 1 April tanpa ikatan pertunangan. Azza kemudiannya disahkan hamil, tetapi keguguran.


 
15 April - Natasha Hudson/Carleed Khaza
Dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon jelita, Natasha Hudson akhirnya bertemu jodoh dengan rapper, Carleed Khaza. Majlis pernikahan mereka berlangsung sederhana di Masjid Wilayah. Pasangan ini kini menanti detik bergelar ibu bapa setelah Natasha disahkan hamil.

 
27 April - Fasha Sandha/Rizal Ashram
Biar pun berdepan pelbagai kontroversi, ternyata jodoh Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai sangat kuat. Dengan dua kali lafaz, Fasha selamat menjadi isteri kepada Jejai. Dua minggu selepas bernikah, Fasha mengumumkan dirinya bunting pelamin.

 
MEI

 
4 Mei - Scha Al Yahya/Awal Ashaari
Setelah beberapa tahun bercinta, pasangan selebriti, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari disatukan sebagai suami isteri. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,050, sementara wang hantaran dirahsiakan.

 
JUN

 
6 Jun - Nurul/Eric Depp
Penyanyi hitam manis ini menamatkan zaman jandanya dengan memilih lelaki Perancis, Eric Daniel Depp sebagai suami. Pasangan dinikahkan, Ustaz Azizan Othman di majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang. Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Ajai, 36, sebelum 20 Januari bercerai pada 2007.

 
29 Jun - Irma Hasmie/Redza Syah
Pertemuan di Tanah Suci telah menyatukan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah. Dengan sekali lafaz, Irma sah bergelar isteri kepada Redza yang merupakan ahli perniagaan. Kini, Irma sedang sarat berbadan dua dan menunggu masa melahirkan anak pertama mereka.

 
JULAI

 
7 Julai - Ella/Azhar
Di usia 46 tahun, penyanyi rock terkenal, Ella akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan, Azhar Ghazali, 30. Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 daripada Azhar yang merupakan seorang juruterbang. Majlis pernikahan di kediaman Ella di Klang tergendala hampir dua jam akibat bekalan elektrik terputus.

 
OGOS

 
31 Ogos - Izreen/Azminda dan Muhd Riza
Pelakon drama Juvana ini memilih hari kemerdekaan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan jurukamera bebas, Muhd Riza. Izreen menerima wang hantaran berjumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999. Tiga bulan mendirikan rumah tangga, Izreen disahkan berbadan dua.

 
NOVEMBER

 
3 November - Farid Kamil/Diana Danielle
Empat tahun saling mengenali, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sepakat menamatkan zaman bujang mereka. Majlis pernikahan berkonsep taman berlangsung di Flamingo By The Lake, Ampang. Rezeki ternyata menyebelahi pasangan ini apabila Diana mengumumkan kehamilannya selepas tiga minggu bernikah.

 
DISEMBER

 
8 Disember - Betty Banafe/Bruce Darghous
Hampir membatalkan perkahwinannya di saat akhir, Betty Banafe akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka berketurunan Arab, Bruce Darghous. Pasangan ini memilih meraikan hari bersejarah mereka di kampung halaman Betty di Johor.

 
22 Disember - Anne Ngasri/Sumali
Menutup tirai 2012 ialah perkahwinan dramatis popular, Anne Ngasri dan ahli politik, Mohd Sumali Reduan yang diadakan di Pontian, Johor. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat mereka. Sebelum berkahwin dengan Sumali, Anne pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi remaja, Aliff Aziz.
credit to sinarharian

Post a Comment

 
Top