0



YDP Agong XV Sultan Muhammad V hari ini berangkat menunaikan solat Isyak di Masjid Briged Tengah PGA, Cheras malam tadi, lapor Sinar Online.

Menerusi foto yang dimuat naik, Baginda yang dilihat berpakaian baju putih itu turut mengenakan kopiah putih.

Menurut Sinar Online, mereka difahamkan baginda Sultan memandu sendiri ke masjid tersebut tanpa kenderaan pengiring rasmi, namun perkara itu masih belum disahkan.

Apa yang pasti, kunjungan YDP Agong XV Sultan Muhammad V tentu sekali mengejutkan warga PGA Cheras itu.

Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifat merendah diri terutamanya dalam kalangan rakyat Kelantan.








Artikel asal : Siakapkeli

Post a Comment

 
Top