Pengantin lelaki, Wu Shuai berkata bakal isterinya itu terlalu gemuruh untuk mengenenakan gaun tersebut kerana merasakan berat badannya semakin bertambah.
Di majlis perkahwinan itu, pengantin perempuan muncul dengan sut dan berseluar panjang hitam manakala si pengantin lelaki pula tampil dengan gaun pengantin wanita berwarna krim.
Majlis perkahwinan aneh itu diadakan di sebuah hotel di daerah Shunqing pada 10 Disember.
"Qian gemuruh ketika ingin bertukar persalinan. Dia memaki sut hitam saya dan saya muncul mengenakan gaun perkahwinan miliknya.
“Kadang-kadang kita perlu letakkan diri kita di tempat dia dan cuba fahami apa yang dia rasai. Bagi saya itu adalah kunci kebahagiaan rumah tangga,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan berita antarabangsa.
Pasangan itu bertemu pada 2011. Ketika mereka jatuh cinta, Qian hanya seberat 40kg. Namun Wu gusar dengan berat badan kekasihnya itu dan bantunya menaikkan berat badan.
Salah seorang rakan pengantin lelaki berkata:"Lelaki 84kg itu sangat berani mengenakan gaun itu. Ia sangat mengejutkan.
Sumber: Dailymail
Post a Comment