0


Isu cerai di kalangan selebriti di negara ini seringkali mendapat liputan yang sangat meluas di negara kita. Lebih-lebih lagi jika perceraian yang berlaku itu mengundang kontroversi serta selebriti yang terkait dengan masalah perceraian itu pula asyik turun naik mahkamah saja.

Tahun 2012 turut menyaksikan perceraian beberapa selebriti tempatan. Namun. ada juga artis yang memfailkan penceraian namun menarik balik seperti yang berlaku kepada Adi Putra, awal tahun lalu. Dalam pada itu ada juga yang mahu merujuk semula sepertimana yang dilakukan Datuk Aziz Sattar selepas 9 bulan berpisah dengan isterinya.

Tidak kurang juga kisah panas mengenai perceraian para selebriti tempatan yang masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak seperti Erra dan suami, Engku Emran serta kisah penceraian yang tiada kesudahan di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta A.Aida dengan suaminya.
Berikut adalah senarai penceraian yang telah disahkan berlaku sepanjang 2012 ini.


Hattan & Farah Asyikin
Pada 12 Januari 2012, penyanyi rock popular, Hattan, 48, dan Farah Asyikin Othman, 34, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah walaupun baru sahaja dua bulan disatukan sebagai suami isteri. Mereka telah berkahwin pada November tahun lalu sebelum tersebarnya gambar panas melibatkan Farah dengan jejaka lain.


Sharifah Aleya & Ashraf
Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik , di atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Perkara ini mengejutkan para media dan peminat kerana sebelum ini tiada khabar bertiup mengenai pasangan yang bernikah pada 2007 itu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar perempuan iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena.


Adda Butterfly & Ridzuan Mohammad
Setelah kisah perkahwinan penyanyi kumpulan Butterfly, Adda yang dirahsiakan pada awalnya telah dapat dihidu media, namun ia hanya bertahan selama 17 hari. Jejaka berstatus duda, Ridzuan Mohammad yang dikahwininya dikatakan menyembunyikan status sebenar dirinya. Adda Butterfly bagaimana pun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kekeliruan status suaminya dan menerima ketentuan menjadi janda di usia muda.


Safee Sali & Sabrina Yusof
Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof pada April lepas di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar di Mahkamah Syariah Shah Alam. Pasangan ini mempunyai dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 ketika Safee masih bermain untuk negeri Sarawak. Punca penceraian tidak dapat dikenalpasti.


Jimmy Shanley & Nursuhaila
Setelah pelbagai isu berbangkit mengenai perceraian pasangan Jimmy Shanley dan anak pengasas produk Natasya, Nursuhaila bertebaran, akhirnya mereka disahkan bercerai secara tebus talak pada 10 Oktober 2012 di Mahkamah Syariah Subang Bistari. Jimmy hanya perlu membayar RM1 kepada Nursuhaila sebagai bayaran tebus talak dan ianya telah dilakukan pada hari tersebut. Pasangan ini memiliki seorang cahayamata daripada perkahwinan ini.


Sasha Saidin & Salyo
Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin telah sah bercerai dengan suami, Salyo yang dinikahinya lima tahun lalu pada 10 Julai 2012. Pasangan ini bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak selepas Salyo, 37, yang berasal dari Indonesia melafazkan cerai talak satu terhadap Sasha, 36, di hadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin. Punca penceraian sebenar tidak diketahui namun mereka menjelaskan ini adalah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga mereka.


Raja Azmi & Jailani Sidek
Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49 dan produser kontroversi, Raja Azmi telah disahkan bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 3.25 petang pada 27 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat. Pasangan yang sudah 28 tahun mendirikan rumahtangga ini memilih haluan sendiri setelah munculnya pelbagai kisah mengaitkan mereka. Menurut Raja Azmi, dia tidak senang melihat Jalani dituduh dayus dan sebagainya membuatkan dia rela berpisah demi maruah bekas suaminya itu.


Ana Dahlia & Chef Riz
Setelah genap setahun bergelar suami isterin Ana Dahlia dan Chef Riz akhirnya disahkan bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember lalu. Mereka yang melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2011 dilanda kemelut rumahtangga yang dirahsiakan punca sebenarnya. Namun Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan memberitahu usia perkenalan yang singkat antara sebab tiada sefahaman diantara mereka.


Datuk Aziz Sattar & Datin Hashimah Delan
Walaupun seniman veteran, Datuk Aziz Sattar berjaya menyembunyikan kisah perceraiannya dengan bekas isteri, Datin Hashimah Delan selama 9 bulan, namun akhirnya perkara tersebut sampai ke pengetahuan media pada November lalu. Mereka dilaporkan telah bercerai pada 3 Mac lalu. Punca dikatakan berlaku sedikit perselisihan faham di antara mereka. Namun Pak Aziz kini dalam proses untuk kembali merujuk isterinya itu tidak lama lagi.


credit to murai.com.my

Post a Comment

 
Top