Bercakap kepada akhbar Kosmo! semalam, Noraniza berpendapat mungkin cerita sebegini timbul apabila orang melihat beiau yang lebih banyak menonjol, tetapi hakikatnya beliau tidaklah menyara keluarga seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
"Lagipun, saya tidak kisah apa yang orang hendak kata mengenai rumah tangga kami. Lebih penting saya rasa lebih gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang," ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.
Menurut Noraniza, buat masa ini suaminya menjalani perniagaan sendiri iaitu menjadi pembekal barang-barang runcit, selain menjadi bilal bebas di sebuah masjid di Seri Kembangan, Selangor.
Tambahnya, memandangkan suaminya merupakan seorang warganegara Singapura, mereka juga kini sedang berusaha membuat permohonan agar Jeffri mendapat kerakyatan Malaysia supaya lebih mudah menjalankan segala urusan di sini.
- mD
Post a Comment