Tambah Ali, ramai beranggapan penghijrahannya kerana mahukan publisiti dan populariti. Menyifatkan persepsi itu sebagai ujian dalam melakukan perubahan, beliau menjelaskan niatnya mahu berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan dalam politik.
Dalam pada itu Ali kini masih lagi meneruskan karier nyanyiannya namun memilih lokasi dengan tidak lagi membuat persembahan di kelab malam dan jenis lagu disampaikan lebih bercorak ilmuwan.
Beliau merancang untuk menerbitkan sebuah album genre Islamik dengan niat berkongsi agama bersama peminat-peminat.
- mD
Post a Comment