0
 
Mila Kunis

AKTRES Mila Kunis dan perenang Tom Daley meraih gelaran selebriti paling seksi 2012 oleh laman portal Digital Spy.

Kedua-dua mereka mendapat undian tertinggi daripada lebih kurang 25 ribu pengunjung laman web tersebut.

Atlit daripada negara England itu berjaya mendapat undian sebanyak 12.8 peratus (%) sekaligus mengalahkan aktor Channing Tatum yang begitu menghampirinya dengan undian 12%.



 
Tom Daley

Mila pula meraih 18% undian sebagai wanita terseksi dan saingan terdekatnya pula ialah personaliti TV, Holly Willoughby yang mendapat tempat kedua iaitu 14.2%.

Pada tahun ini, nama kekasih kepada Ashton Kutcher itu sememangnya meletup dengan pelbagai cerita-cerita panas disamping lakonannya yang seksi menerusi filem Ted.

Berikut adalah senarai selebriti paling seksi untuk tahun ini.

Lelaki Paling Seksi

1. Tom Daley - 12.8%

2. Channing Tatum - 12%

3. Ryan Gosling - 11.2%

4. Daniel Craig - 11.2%

5. Johnny Depp - 10.5%

Wanita Paling Seksi


1. Mila Kunis - 18.4%

2. Holly Willoughby - 14.2%

3. Nicole Scherzinger - 13.5%

4. Cheryl Cole - 13.4%

5. Scarlett Johansson - 11.1%



sumber : mstar

Post a Comment

 
Top