0



Salah satu intipati Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada sidang Belanjawan 2013 pada 29/9/2012 ialah rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar ( smartphone ) 3G untuk belia 21-30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 melalui pembekal terpilih.

Dua hari lepas, amanz.my telah keluarkan berita terkini sensasi yang menghangatkan musim sejuk akhir Disember iaitu Permohonan Pakej Komunikasi Belia boleh dibuat bermula 1 Januari 2013,
 Antara syarat mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah;
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Cara untuk dapat rebat RM 200 Smartphone 3G.

Pendaftaran untuk rebat RM200 ini boleh dibuat melalui laman rasmi SKMM - http://www.skmm.gov.my pada 1/1/2013. Selepas mendaftar online, cari kedai yang ada logo “Pakej Komunikasi Belia” yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut.

Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.
 Senarai telefon pintar 3G yang boleh mendapat rebat RM200 tersebut ialah:
  1. Alcatel One Touch Inspire 2
  2. The Buzz Phone
  3. HTC Wildfire
  4. Huawei Ideos X3
  5. LG Optimus L3
  6. Ninetology Black Pearl II
  7. Ninetology Palette
  8. Nokia 2730
  9. Nokia 7230
  10. Nokia Asha 305
  11. Nokia Asha 308
  12. Nokia C2-03
  13. Nokia Lumia 610
  14. Samsung Galaxy Chat
  15. Samsung Galaxy Mini
  16. Samsung Galaxy Pocket
  17. Samsung Galaxy Y
  18. Sony Xperia Tipo
  19. ZTE Acqua
  20. ZTE V790
Sumber :  amanz.my/kujie2.com/

Post a Comment

 
Top