0
SEBAHAGIAN daripada PATI yang berjaya ditahan berhampiran 
pantai Teluk Burau, Langkawi semalam.


LANGKAWI – Hasrat seramai 452 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar untuk mencari rezeki di negara ini musnah apabila salah seorang daripada mereka mati lemas manakala selebihnya nyaris maut ketika cuba berenang ke pantai berhampiran Teluk Burau di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kesemua PATI berusia tujuh hingga 50 tahun itu dipaksa terjun dari tongkang kayu yang membawa mereka oleh seorang tekong ketika tongkang itu berada kira-kira 500 meter dari pantai.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, mayat lelaki tersebut ditemui terapung berhampiran kawasan pantai tersebut.

“Selain itu, dua lagi lelaki ditemui dalam keadaan kritikal dan mereka dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo-

Post a Comment

 
Top