0


SEORANG mangsa banjir menolak motosikalnya yang rosak akibat banjir untuk dibawa ke tempat 
selamat di Jalan Pengkalan Pandan, Kemaman, Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan kini meningkat kepada 64,752 orang.

Negeri yang paling teruk dilanda banjir ialah Terengganu apabila jumlah mangsa mencecah 22,040 sehingga malam tadi berbanding 7,299 orang kelmarin.

Menurut portal Majlis Keselamatan (MKN) negeri Terengganu, hingga pukul 9 malam, daerah Kemaman mencatat peningkatan mangsa banjir secara mendadak dengan bilangan 18,676 orang.

"Sebanyak 43 pusat pemindahan telah dibuka di daerah Kemaman sejak pagi tadi (semalam) dan menempatkan 4,177 keluarga," katanya.

Dalam pada itu, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri Pahang pula meningkat kepada 39,580 orang petang semalam berbanding 39,177 malam kelmarin. -kosmo-

Post a Comment

 
Top