0


PSY menari bersama MC Hammer (di kirinya) menjelang 
sambutan tahun baru di Times Square, New York kelmarin.


NEW YORK - Penyanyi rap yang terkenal dari Korea Selatan, Psy menari tarian kuda bersama penyanyi MC Hammer di Times Square di sini menjelang sambutan tahun baru kelmarin.

Psy yang terkenal di seluruh dunia menerusi muzik video Gangnam Style menari tarian kuda yang dipopularkannya itu bersama dengan Hammer.

Penyanyi tersebut turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 kelmarin.

Muzik video Gangnam Style di laman YouTube sudah ditonton lebih satu bilion kali sejak ia dimuat naik pada Julai tahun lalu.

Ketika berbual dengan MTV News, Psy berkata, dia akan menghabiskan tahun ini dengan menghasilkan lagi lagu popular di Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, lagu Gangnam Style amat popular di AS menyebabkan dia perlu menghasilkan sebuah lagi lagu baharu.

Menurutnya, dia turut mendapat undangan untuk membuat persembahan di Paris manakala pada Februari depan, penyanyi berkenaan akan memenuhi jemputan di China.

Taylor Swift yang merupakan penyanyi yang menjalin hubungan dengan anggota One Direction, Harry Styles turut membuat persembahan bagi meraikan kedatangan tahun baru itu.

Seramai sejuta orang memenuhi Times Square bagi menyambut ketibaan tahun baru. - Agensi

Post a Comment

 
Top