0
DARI KANAN: Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Prof. Rosni Abdullah, Foong, Jo Lynn, Hooi Lean dan Pensyarah Maziani Sabudin bersama hadiah kemenangan milik USM pada pertandingan Samsung Appstar 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


GEORGE TOWN – Inovasi sekumpulan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM) membina aplikasi isyarat kecemasan bagi mencegah jenayah menerusi telefon pintar dinobatkan juara pada pertandingan Samsung Appstar 2012 baru-baru ini.

Aplikasi yang diberi nama Gynoid App itu berjaya mengetepikan 11 lagi pasukan pada pusingan akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Pasukan yang dianggotai oleh Melody Foong, Hoong Jo Lynn dan Ang Hooi Lean itu menerima hadiah wang tunai berjumlah RM24,000 dan tiga telefon pintar Samsung Galaxy SIII.

Menurut Foong, aplikasi Gynoid itu berupaya menyampaikan isyarat kecemasan apabila pemilik telefon menekan butang atau menggoncangkan telefon bimbitnya apabila berhadapan dengan masalah seperti diekori penjenayah.

“Pemiliknya hanya perlu menekan butang tertentu atau menggoncang telefon pintar selama kira-kira lima saat untuk mengaktifkan isyarat tersebut.

“Isyarat kecemasan tertentu akan disambungkan kepada pihak berkuasa. Ia akan dilaksanakan oleh pihak Samsung selepas kami memberi gambaran perjalanan sistem aplikasi tersebut,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/

Post a Comment

 
Top