Sementara pengurus penyanyi tersohor negara itu, Rozi Abd Razak, memaklumkan Siti memohon maaf kerana enggan ditemuramah disebabkan keadaan tidak mengizinkan, buat masa ini.
Bagaimanapun menerusi laman twitter anak ketiga Datuk K, Mohd Asyraf, bertarikh 15 Disember, dia memberitahu bapanya mungkin memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.
Asyraf yang banyak melaporkan perkembangan terkini bapanya sepanjang berada di New Zealand turut memberitahu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang prihatin bertanya khabar bapanya. Menurut Asyraf, bapanya berhasrat untuk menjual semua motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki.
Pada 13 Disember lalu, Datuk K mengalami kemalangan ketika keluar bersiar-siar sewaktu beliau berada di New Zealand. Motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pagar sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahu, kaki serta tangannya.
- mD
Post a Comment