0




Dalam satu ruangan gosip akhbar tabloid, artis ini dikatakan memang jarang sangat berlakon - berlakon macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Tapi dalam pada jarang muncul dalam mana-mana drama dan filem, artis itu tetap mengusung beg mewah. Bertuah badan, tak ada kerja pun masih boleh melaram.Khabarnya adik-beradik artis ini hidup senang, dan antara mereka ada yang sanggup menaja adik sendiri demi menjaga imej keluarga. Ooo.. tak apa lah kalau begitu.

Tapi apa yang buat orang rasa meluat bila ada yang berbangga dengan beg tangan berjenama bertukar ganti setiap masa, tetapi sebenarnya ramai dah tahu bukan ‘ori’ pun. Samalah dengan seorang artis ini - bukan main lagi dia pukul canang kononnya walaupun dia jarang dapat tawaran berlakon, tetapi masih boleh melaram dengan beg jenama antarabangsa yang popular di seluruh dunia.

Namun apabila ada kawan mengajaknya masuk ke kedai beg berjenama sama dengan dia pakai, tak berani pula masuk kerana khabarnya pekerja butik itu boleh tahu sama beg yang dibawa masuk ke butik berkenaan asli ataupun palsu. Ha! siapa nak jawab? Kalau betul ada duit, beli sajalah, tak perlu nak pukul canang keliling kampung.




- mD

Post a Comment

 
Top