0


KERJA-KERJA pembinaan stesen MRT giat dijalankan di Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Pembinaan sistem pengangkutan awam baharu Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 51 kilometer yang menghubungkan jajaran Sungai Buloh ke Kajang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Abdul Hamid (gambar kecil), projek MRT yang menelan belanja hampir RM20.31 bilion itu kini melepasi tiga peratus fasa pembinaan.

“Sehingga kini, aktiviti pembinaan sedang giat dijalankan kecuali berlaku sedikit kelewatan pembinaan di beberapa buah kawasan seperti di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Naam dan Kheung di Cheras.

“Masalah itu berpunca daripada bantahan penduduk di kawasan terlibat yang tidak berpuas hati dengan projek pembinaan MRT itu termasuk mendakwa ia mengancam keselamatan mereka,” katanya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/

Post a Comment

 
Top