Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti iaitu Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kerana kini bergelar suami isteri.
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 5.15 petang tadi.
Amar dan Amyra dinikahkan oleh bapa kandung Amyra sendiri disaksikan pegawa jabatan agama Islam.
Majlis pernikahan diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan berjalan dengan lancar.
Amyra menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.
Majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam esok di hotel tersebut,manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.
Tahniah buat Amar Baharin dan Amyra Rosli
Video Majlis Akad Nikah Amar Baharin dan Amyra Rosli
Post a Comment