Respon Erra Fazira Apabila Engku Emran Mahu Rujuk Kembali
Baru-baru ini, Engku Emran ada memuatnaik status di instagram seperti ingin memenang hati Erra Fazira semula. Ya kelihatan seperti Engku Emran bersungguh ingin merujuk kembali.
Untuk pengetahuan mereka sah bercerai pada bulan Februari 2014 yang lalu.
Pelakon popular, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, dia ternyata amat terkejut dengan tindakan Engku Emran membuat kenyataan secara terbuka dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.
Ini kata-kata Erra ketika ditemubual mStar:
"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.
Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya.
Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui.
Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,".
Itulah luahan Erra Fazira yang kini sudah menjangkau umur 40 tahun. Beliau meminta ruang dan privasi. Mungkin nak fikir yang terbaik untuk dirinya juga.
sumber asal hotlips-yuya
Post a Comment