Aiseh, ada juga orang tak berpuas hati dengan tudung berjenama Fareeda ni kan. Yang paling menerima kesannya pasti isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim.
Ada segelintir pihak yang menolak rekaan Fareeda kerana tudung Fareeda tidak mencerminkan ke Islaman sebenar disebabkan sangat mini dan tidak labuh.
Fizo yang mempertahankan isterinya itu, memberi amaran kepaad mana-mana pihak supaya jangan menghina isterinya. Dan jika setakat nak menghina kerana tudung rekaan Fareeda sangat mini, adalah dijemput untuk menghadiri sendiri ke butik Fareeda untuk melihat jenis dan size yang ada.
"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.
"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung,"
"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.
"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya,"
"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.
"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.
"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.
"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," -Fizo petikan mStar
artikel asal : izyan.com
Post a Comment