Oni Bakaradze meninggal dunia pada18 tahun lalu, pada usia 22 tahun, tetapi keluarganya enggan untuk menguburkannya supaya anaknya yang masih kecil boleh dapat melihat muka bapa beliau.
Bagi tempoh empat tahun pertama selepas Joni meninggal dunia, ibunya, Tsiouri Kvaratskhelia, menggunakan cecair pembalseman untuk mengawet mayat anaknya, tetapi "Pada suatu malam saya bermimpi ada satu suara yang memberitahu cara untuk merawat jasad Joni dengan menggunakan alkohol, jadi selepas (malam) itu saya menggunakan selimut yang direndam dengan alkohol untuk mengekalkan badannya.
Beliau mengamalkan cara itu pada setiap malam, atau mayatnya akan bertukar hitam. Dalam tempoh sepuluh tahun pertama, Tsiouri menukar pakaian anaknya yang mati pada setiap hari lahirnya, tetapi kerana dia semakin tua dan penyakitnya menghalang beliau daripada menjaga Joni.
Beliau berkata kekurangan penjagaan akan kelihatan pada tubuhnya, tetapi sebaik sahaja dia menggunakan alkohol berasaskan formula pengawetan itu, mukanya bertukar putih kembali.
Ditanya mengapa dia tidak menguburkan jasad anaknya?
"Bapa Joni mahu cucunya melihat diri Joni seperti ini. Saya percaya anaknya akan menyayangi bapanya dengan cara begini".
Credit to http://dairishare.blogspot.com
Post a Comment