0




LOS ANGELES - Aktor terkenal Hollywood, Tom Hanks (gambar) mendedahkan dia telah didapati menghidap diabetes tahap dua.

Pendedahan itu dibuat dalam satu rancangan Late Night Show With David Letterman pada Isnin lalu.

"Doktor dengan nada yang berjenaka menyatakan saya telah lulus (dari universiti) kerana saya mendapat diabetes tahap dua," katanya.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat, jika tidak dirawat, penyakit itu boleh membawa maut.

Hanks atau nama sebenarnya Thomas Jeffrey Hanks tampil dalam rancangan tersebut bagi mempromosikan filem baharunya iaitu Captain Phillips. - Reuters

Post a Comment

 
Top