Pelakon Zul Ariffin dan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38, sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Zul, 27, bagaimanapun berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.
"Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.
"Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu," katanya kepada mStar Online.
Aktor itu mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.
Sementara itu, lakonan Zul menerusi filem Penanggal arahan Elly Suriati bakal ditayangkan pada 28 November ini.
Beritahu Zul wataknya sebagai Syed Umar dalam filem tersebut merupakan antara yang sukar untuk dia lakonkan.
"Elly merupakan seorang pengarah yang sangat tegas walaupun pertama kali mengarah.
"Bekerja dengannya juga agak unik kerana setiap pergerakan watak sudah ditetapkannya.
"Bagaimanapun ia sebuah naskhah yang harus ditonton dan saya harap peminat menyukai watak saya itu," ujarnya.
Penanggal berkisarkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari pelindungan
Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam filem itu termasuklah Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Datuk Sharifah Aini. -mstar-
Post a Comment