0
FIGURA cantik ini tidak serik untuk bercinta.


SETELAH kecundang dalam beberapa siri percintaannya sebelum ini, bekas peserta Akademi Fantasia 3, Marsha Milan Londoh, 28, kini dikatakan sudah menemui pengganti.

Semuanya bermula apabila ada gosip yang mengatakan Marsha bercinta dengan seorang jejaka Melayu yang merupakan seorang ahli perniagaan. Jejaka berkenaan dikatakan berasal dari Pulau Pinang dan dia kerap berulang-alik ke negeri tersebut.

Bertemu dengan Marsha pada majlis pelancaran filem Laga di Menara Kuala Lumpur kelmarin, dia lantas ketawa apabila diajukan pertanyaan mengenai kisah cinta baharunya itu.

Cuma, pengacara rancangan Propaganza itu seakan-akan bercerita panjang mengenai kisah berkenaan, biarpun diajukan dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media.

Kosmo!: Dengarnya hati anda sudah dimiliki sekarang. Siapakah jejaka bertuah yang bernama ‘S’ itu?

MARSHA: Kalau berkenaan dengan kisah cinta, saya akui memang sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang. Usianya dua tahun lebih muda dan dia memang berasal dari Pulau Pinang.

Kalau tidak keberatan boleh anda jelaskan lebih lanjut mengenai jejaka berkenaan?

Seboleh-bolehnya saya mahu elak untuk bercerita terlalu terbuka kepada umum tentang pilihan hati saya ini. Apa yang boleh saya beritahu, kami sudah bercinta sejak empat bulan lalu, namun sudah enam tahun kami saling mengenali antara satu sama lain.
MARSHA mengakui sudah mengenali Mr. S sejak enam tahun lalu.

Apakah yang membuatkan anda terlalu berahsia sekarang?

Pertama sekali saya mahu menghormati keluarganya dan kekasih saya sendiri yang enggan kisah cinta kami ini menjadi tatapan umum. Kalau ada jodoh kami pasti saya akan umumkan tetapi bukan buat masa sekarang ini.

Selain itu, segala yang berlaku dalam kisah cinta saya yang lalu menjadi pengajaran paling berguna buat diri. Lagipun saya mahu peminat lebih mengetahui tentang perkembangan kerjaya saya berbanding kisah peribadi.

Mengapakah anda tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Melayu?

Bagi saya, tiada istilah serik dalam percintaan dan tidak kisah untuk bertemu jodoh dengan sesiapa sahaja. Asalkan, jejaka yang menjadi pilihan itu mampu membuatkan saya diri saya bahagia.

Pada usia sekarang ini, adakah anda meletakkan sebarang sasaran untuk berumah tangga?

Dulu, saya pernah merancang akan menamatkan zaman bujang apabila mencecah usia 25 tahun tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Kini, saya tidak mahu lagi meletakkan sasaran supaya tidak memberikan sebarang tekanan dan memudahkan saya untuk fokus dalam kerjaya.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya Marsha sekarang?

Saya baru sahaja selesai terbabit dengan projek alih suara untuk filem animasi Frozen yang akan ditayangkan di pawagam pada 28 November ini. Dalam filem berkenaan saya menyumbangkan suara untuk watak Puteri Elsa. -kosmo-

Post a Comment

 
Top