|
AKTRES Bollywood yang popular menerusi filem Duplicate, Juhi Chawla memberi nasihat kepada para peminatnya mengenai bahaya radiasi yang dihasilkan oleh telefon bimbit.
Juhi bersama sekumpulan aktivis berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan khas untuk memberi penerangan mengenai kesan buruk telefon bimbit pada minggu lalu.
Dia juga menasihati orang ramai untuk menggunakan telefon bimbit dengan betul.
"Syarikat operator telefon bimbit perlu memberi maklumat kepada masyarakat tentang cara penggunaan telefon bimbit dengan betul.
"Sekiranya anda mahu menggunakan telefon bimbit dalam tempoh lama, lebih baik menggunakan talian tetap atau menggunakan alat bebas tangan.
"Pendedahan tentang penggunaan dan bahayanya telefon bimbit masih lagi rendah. Justeru, saya berusaha untuk mencetuskan kesedaran ini," kata pelakon berumur 45 tahun itu.
Pada awal bulan ini, aktres tersebut bersama seorang aktivis, Prakash Munshi mendesak pihak berkuasa di India untuk mengetatkan peraturan pembinaan menara pemancar telefon bimbit yang didakwanya mengeluarkan radiasi berbahaya. -kosmo-
Post a Comment