0

PUTERA Harry merupakan kapten dalam Tentera Udara Diraja Britain, Air Corps.


LONDON - Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) diberi tekanan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pengacara program Have I Got News For You (HIGNFY) menyindir Putera Harry kerana mengambil dadah jenis kokain," lapor akhbar The Telegraph semalam.

Program tersebut diterbitkan oleh BBC.

Penyampainya, Jo Brand turut membuat jenaka tentang nama-nama keluarga angkat anak sulung Putera William, Putera George.

Bekas Ketua Angkatan Tentera Britain yang mempengerusikan tugasan pertama Harry di Afghanistan, Lord Dannatt berkata, jenaka Brand adalah keterlaluan.

"Ia jenaka yang amat dikesali dan paling tidak senonoh. Pihak tentera menjalankan ujian dadah secara rawak," katanya.

"Seseorang yang menjadi juruterbang helikopter tempur tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah," tegas Dannatt.

Komen serupa diutarakan oleh ahli Parlimen Britain, Anna Soubry yang menyatakan, Brand tidak sepatutnya merendahkan martabat putera tersebut.

"Dia dan BBC perlu memohon maaf. Program ini bukannya diadakan secara siaran langsung. Ia sepatutnya disunting," jelas Soubry.

Putera Harry pernah mengaku bahawa dia menghisap ganja di rumah bapanya di Highgrove, Gloucestershire ketika berusia 16 tahun. - Agensi

Post a Comment

 
Top