0



NEW YORK - Juri program pencarian bakat American Idol, Simon Cowell dilaporkan mengadakan pertemuan sulit dengan Andrew Silverman selepas dia menghamilkan isteri rakan karibnya itu, Lauren Silver- man.

Mereka yang pernah berkawan rapat dilaporkan bertemu dan berbincang di lapangan terbang Francis S. Gabreski di Pantai Westhampton di sini selama tiga jam.

Pertemuan tersebut dipercayai diadakan untuk menjernihkan kembali situasi yang keruh antara mereka.

Menurut laporan Daily Mail, perjumpaan empat mata itu adalah yang pertama kali sele- pas Simon didakwa menghamilkan Lauren.

Dalam pada itu, Simon dilapor akan menyewakan sebuah pangsapuri mewah berharga AS$20,000 (RM64,860) sebulan untuk Lauren sepanjang tempoh dia mendapatkan penceraian daripada suaminya.

Menurut beberapa rakan mereka, selebriti berusia 53 tahun itu dan Lauren kini menjadi pasangan kekasih secara rasmi.

Pasangan itu kini turut berbincang untuk berkongsi harta milik Simon memandangkan beliau memiliki rumah bernilai berjuta-juta dolar di Beverly Hills dan London. - Agensi

Post a Comment

 
Top