0


KETIGA-TIGA anak lembu tersebut diberi nama George, Louis dan Alexander.- Agensi


GREASBY - Seorang penternak di Britain, Jon Appleby digemparkan dengan kelahiran tiga ekor anak lembu oleh seekor lembu betina di ladang miliknya di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Beberapa pakar menyatakan kebarangkalian untuk mendapatkan anak lembu kembar tiga adalah tipis iaitu satu dalam 700,000 kelahiran.

Kelahiran luar biasa itu menyusul tidak lama selepas pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton memperoleh anak pertama mereka pada 22 Julai lalu.

Appleby menamakan tiga ekor anak lembu tersebut sebagai George, Louis dan Alexander sempena nama anak lelaki William, George Louis Alexander.

Mengulas kejadian luar biasa itu, Appleby berkata, sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat seekor induk lembu melahirkan tiga anak.

"Saya telah berada di sini sejak empat dekad dan bapa saya telah berladang sejak 75 tahun lalu," kata petani berusia 44 tahun itu.

"Namun, sepanjang tempoh itu, saya tidak pernah lagi dengar cerita mengenai lembu melahirkan tiga ekor anak. Ia sungguh pelik," tambahnya.

Lelaki itu mengusahakan ladang ternakan tersebut bersama isterinya, Joy. - Agensi

Post a Comment

 
Top