0


BARISAN bintang Bollywood, Vivek Oberoi (kiri), Kangna Ranaut (dua dari kiri) dan Hrithik Roshan semasa menghadiri pelancaran filem Krrish 3 yang diterbit dan diarahkan oleh Rakesh Roshan (dua dari kanan) di Mumbai kelmarin.



MUMBAI - Bintang Bollywood, Hrithik Roshan kembali beraksi selepas menjalani pembedahan otak pada bulan lepas.

Pembedahan itu ekoran kecederaan yang dialami semasa melakukan aksi lagak ngeri untuk filem baharunya.

Roshan, 39, yang membuat penampilan kali pertama selepas pembedahan pada 7 Julai lalu berkata, dia kini berada dalam keadaan sihat.

Aktor tersebut menyatakan demikian semasa menghadiri majlis pelancaran filem baharunya, Krrish 3.

"Walaupun ada lubang pada baha- gian otak, semangat saya tetap kuat," katanya semasa sidang akhbar di Mumbai semalam.

"Kehidupan memang mencabar tetapi ia mengambil tiga saat untuk anda membuat keputusan sama ada anda adalah seorang adi wira atau tidak. Saya adi wira," tambahnya.

Roshan yang popular menerusi filem Kaho Na Pyar Hai tercedera semasa melakukan aksi untuk sekuel filem Bang Bang.

Kecederaan itu menyebabkan Roshan kerap mengalami sakit kepala ekoran pendarahan dalam otak yang bertukar menjadi darah beku. - AFP

Post a Comment

 
Top