Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang
Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya
orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat
dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa
kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan
ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:
1. Pembedahan
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500
halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di
Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara
banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi
benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan
jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat
pembedahan.
2. Kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi
pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi
membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke
Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh
kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada
abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali
oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah
pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah
perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam
percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi
untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan
tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga
menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun
kemudian.
4. Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan
sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya
Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan
universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun
kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar
adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara
akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi
abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku
‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan
Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional,
nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang
lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep
angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia
Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan
bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata,
bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan
dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga
menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata
gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.
7. Muzik
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak
instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan
rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal
dari alfabet Arab.
8. Berus Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus
gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk
membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak
juga digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Takal/ Crank
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia
Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan
gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat
terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh
Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal
hingga kini.
sumber/kredit : http://amekaw.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment